Sunday, December 19, 2010

lelaki ini patut ditampar!

Kebiasannya aku memang tidak akan terima permintaan untuk menjadi rakan dari lelaki yang tidak dikenali. Entah mengapa malam semalam, aku agak gila-gila dan tergerak untuk terima permintaan seorang lelaki ni kerana aku dapat rasa lelaki ni ada ‘something wrong’.

Seperti yang dijangka, lelaki ni menegur aku di ruang chatting.

Lelaki gatal- hi

Aku- hye

Lelaki gatal- asl pls

Aku- 19 female jb

Lelaki gatal- nak tau semua pasal awk boleh?

( seperti yang aku agak, memang lelaki gatal ini ada skru tercabut di kepala atau mana-mana bahagian tubuh dia)

Aku- ok..u ask and I’ll answer

Lelaki gatal- ok..kita mula dari atas sampai bawah ok

(mula-mula aku memang nak biar dia tanya soalan tak senonoh tu tapi tiba-tiba rasa tak sanggup.)

Aku- maaflah saya tak erti borak-borak pasal ini. Apa kata awak tanya je mak awak, tak pun adik perempuan awak kan. Pasti informasi lebih tepat dan padat.

Lelaki gatal- apasal pulak?

Aku- saya rasa awak ni kekurangan kasih-sayang la sampai nak tanya benda-benda begitu. Saya nasihatkan awak jangan buat lagi macam ni

Lelaki gatal- saya nak tanya je. Yang awak ni melebih-lebih kenapa?

Aku- haha. Saya ni memang suka mengkaji perangai manusia lagi-lagi yang berpenyakit macam awak ni.

Nasib baik la kau ni bukan depan mata aku. Kalau tidak, aku akan ‘basuh’ kau cukup-cukup dan suruh kau minta maaf pada aku dan perempuan-perempuan lain kerana tindakan kau sangat kurang ajar, biadap!

Rasa nak tampar laju-laju!

Walaupun hanya sekadar soalan, cukup untuk membuatkan aku membaca peribadi kau yang sebenar.

Kau ni menderita penyakit jiwa yang serius!

Aku malu bila saudara seislam dan sebangsa buat perangai sebegini.

Rosak akhlak!

Hati-hati ya pada gadis-gadis di luar sana, lelaki begini lah yang selalunya menganiaya perempuan, kes-kes rogol dan cabul yang semakin berleluasa , pelakunya adalah lelaki yang berpenyakit begini!