Saturday, July 28, 2012

Lex Legum Baccalaureus



'IT CAN MAKE OR BREAK YOU'


Seorang pensyarah  mengatakan sebegitu di hari pertama kami memulakan pengajian sebagai seorang pelajar LLB. Sebelum ini saya pernah menulis tentang pra LLB di sini dan kali ini tentang post LLB pula.


Saya tidak nafikan LLB memang mencabar. Anda harus menyediakan diri dari segi mental, fizikal dan juga kewangan. Paling penting jangan pernah jauh dari Tuhan. LLB memang diciptakan untuk menekan pelajar. Kerja bertimbun-timbun, perlu belajar hingga 9 subjek dan kelas hingga waktu malam. Mungkin mahu mengaplikasikan prinsip 'pressure makes diamond'.  Mungkin. Tekanan kerja dan subjek yang susah bertujuan untuk membentuk pelajar cemerlang dan berkualiti.


Biasalah kalau dah dinamakan manusia, ada pasang surutnya. Kadangkala kita berasa gembira dan mahu melompat-lompat di atas meja kerja dan kadangkala kita berasa terlalu bengang dan mahu membaling semua buku dan balik tidur!


Sampaikan ketika terlalu letih menyiapkan kerja yang bertimbun, saya pernah  bermimpi yang seorang lelaki akan datang melamar saya dengan menaiki kuda belang.
'Katakanlah HN kau mahu menikahi aku. Aku punya kuda dan duit dan rumah. Aku boleh berikan kau seberapa banyak coklat yang kau mahukan.' Marilah, marilah.
Dan tiba-tiba saya terjaga. Perempuan bukan diciptakan untuk hidup dalam kebergantungan. Berhenti berangan sekarang, HN.


Paling tidak pun, saya bermimpi seorang jutawan tua yang dah mati tiba-tiba mewasiatkan pada saya harta berjumlah bilion dolar dan saya bertangis-tangisan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan LLB kerana mahu berhenti belajar. Sudah terlalu kaya, kan. Tak perlu la susah-susah lagi.


Tertidur di hadapan komputer riba itu perkara biasa dan tidur pada pukul 2 3 pagi itu juga biasa malah ada kerja yang memerlukan kita untuk berjaga sepanjang malam. Kalau ada kekasih,mungkin juga dia akan lari meninggalkan saya sebelum mengamuk dahulu kerana tidak punya banyak masa untuknya. Mujur keluarga saya amat memahami.


Seorang senior pernah mengatakan yang LLB is the time when your friendship will blossomed.
Ya, saya akui. Kami menangis bersama ketika membuat tugasan yang sukar. Gagal ujian itu sudah menjadi biasa. Menangis dan ketawa bersama. 4 tahun berkawan pun tak akan dapat pengalaman sebegini. Gagal ujian dan dimarahi pensyarah pun masih boleh ketawa lagi. That is how you handle pressure. Terpulang pada diri masing-masing. Paling penting, jangan pernah lupa berdoa minta kekuatan dan kebijaksanaan dari Tuhan.


Macam-macam yang boleh dipelajari kalau kita benar-benar orang yang berakal. Ketika inilah kita belajar untuk menegur dan menerima teguran dengan berhikmah, mengawal marah dan saling menyokong satu sama lain. 

Tinggal lagi satu semester sebelum menempuh dunia yang lebih mencabar. Kalian doakanlah kami terus tabah dan ikhlas menuntut ilmu, ya:)


                                             kawan sekelas yang gila-gila dan 'cheerful'!