Sunday, December 14, 2008

kasut sekolah terbalik



siapakah yang begitu pesimistik mengeluarkan kenyataan bahawa kebijaksanaan itu telah ditakdirkan?
tepuk dada tanya selera tetapi jangan sesekali mengaku kepada aku kerana aku akan mengetawakan kamu.
hahaahaha bodohnya kamu!
padan muka kamu.

entah apa yang aku rabankan tetapi ini semua kerana entri ini aku tujukan khas buat insan-insan yang pernah mendidik aku sejak membuka mata melihat dunia dan mengenal erti kehidupan.

ya, kisahnya berlaku pada minggu yang lepas, aku dengan rutin kerja yang biasa sedang berdiri terpaksa di hadapan teko-teko green tea sushi king sambil memandang bosan pelanggan meratah sushi kanikama maki.
Tuhan mentakdirkan aku memandang ke luar pintu dan ketika itulah mata kami bertaut, aku terpaku dan dia kelihatan sedang mencari-cari aku dalam memorinya.
ya! itulah cikgu nurhayati!!guru kelasku semasa darjah1!
guru yang telah banyak sekali mengajar aku banyak hal dan jika bukan kerana dia, aku pasti tidak mampu pergi sejauh ini.
dia masih jelita.kulit putih mulus. wajah ayu dan lembut.
guru ini begitu lemah lembut dan baik hati.
sayangnya, aku hanya memandang dia dari jauh dan dia juga terus berlalu keluar ke pintu.
ah aku sangat menyesal kerana tidak menegurnya kerana aku masih bingung dan lantas itu aku mencari mazlina, kawan sekelasku semasa darjah 1 dan mazlina tidak mengingati cikgu nurhayati.sayang seribu sayang.
dia hanya mengingati nama, bukan tampang guru penyayang itu.
tidak banyak yang aku ingati selepas 1o tahun tetapi aku masih ingat lagi dia menegur aku memakai kasut sekolah terbalik dan aku tersengih-sengih malu.

aku percaya yang sekolah rendah adalah titik permulaan segalanya, di mana kita belajar asas yang mungkin tampak begitu kecil tetapi begitu penting yang mencorakkan siapa kita sekarang!

aku akan mencari cikgu nurhayati dan mengucup tangannya tanda terima kasih yang tidak berbelah bahagi atas segalanya.