Saya agak gentar juga katanya LLB ini menggerunkan. Belajar terlalu banyak subjek dalam masa 2 semester, susah nak mati, tertekan nak gila, dan macam-macam lagi. Tetapi saya hanya berharap yang saya masih mempunyai masa untuk menimba ilmu di luar kelas selain dapat membaca sejuta lagi buku yang saya mahu baca. Oh, itu belum lagi buku yang mahu diulang baca!
Perjalanan ini seronok ini kerana saya belajar banyak perkara samada di dalam atau luar kelas dan semakin banyak belajar, semakin saya merasakan yang banyak lagi yang saya perlu belajar.
Terima kasih buat semua pensyarah yang telah mengajar, memberi nasihat dan memahami, rakan-rakan dan ibu bapa yang selalu mendoakan.
Saya suka belajar undang-undang cuma kadangkala bosan dengan sistem pembelajaran yang agak rigid dan terkejar-kejar. Terlalu banyak yang harus dipelajari dalam masa yang singkat. Wah, itu belum lagi LLB yang katanya ada 10 subjek dalam satu semester!! Kerana itu saya berdoa supaya Tuhan menguatkan semangat dan mengurniakan kesabaran untuk kami terus berjuang, bersilat dan bertaekwondo dengan cabaran yang akan kami tempuhi ini.
Dan cuti hanya tinggal beberapa hari lagi (sobb sobb)
hari-hari terakhir di semester 6






