Friday, June 29, 2012

sempena undang-undang jenayah I


Jangan menangis, sayangku.

jantan itu sudah kubunuh.
dia tak cukup dengan satu kemaluannya.
benda sial itu sudah kucampakkan ke tengah jalan.
persetan segala kesabaran aku dan janji manis kau,bajingan
aku sudah tolong menghantarkan kau ke neraka.

anak-anakku, tolong jangan bertangis-tangisan.
bergembiralah sialan itu bukan lagi gangguan.
dalam pakaian oren, aku tersenyum di hadapan tali maut.

aku bukan gila.

aku hanya sayu
tidak lagi dapat menyusukan Poona
dan memandikan enam yang lain.

*puisi ini diinspirasikan dari sebuah kes dalam tahun 60an dimana seorang perempuan dihukum gantung kerana membunuh suaminya. Hanya inspirasi. Bukan 100% kisah benar.


0 comments: