Sunday, December 19, 2010

lelaki ini patut ditampar!

Kebiasannya aku memang tidak akan terima permintaan untuk menjadi rakan dari lelaki yang tidak dikenali. Entah mengapa malam semalam, aku agak gila-gila dan tergerak untuk terima permintaan seorang lelaki ni kerana aku dapat rasa lelaki ni ada ‘something wrong’.

Seperti yang dijangka, lelaki ni menegur aku di ruang chatting.

Lelaki gatal- hi

Aku- hye

Lelaki gatal- asl pls

Aku- 19 female jb

Lelaki gatal- nak tau semua pasal awk boleh?

( seperti yang aku agak, memang lelaki gatal ini ada skru tercabut di kepala atau mana-mana bahagian tubuh dia)

Aku- ok..u ask and I’ll answer

Lelaki gatal- ok..kita mula dari atas sampai bawah ok

(mula-mula aku memang nak biar dia tanya soalan tak senonoh tu tapi tiba-tiba rasa tak sanggup.)

Aku- maaflah saya tak erti borak-borak pasal ini. Apa kata awak tanya je mak awak, tak pun adik perempuan awak kan. Pasti informasi lebih tepat dan padat.

Lelaki gatal- apasal pulak?

Aku- saya rasa awak ni kekurangan kasih-sayang la sampai nak tanya benda-benda begitu. Saya nasihatkan awak jangan buat lagi macam ni

Lelaki gatal- saya nak tanya je. Yang awak ni melebih-lebih kenapa?

Aku- haha. Saya ni memang suka mengkaji perangai manusia lagi-lagi yang berpenyakit macam awak ni.

Nasib baik la kau ni bukan depan mata aku. Kalau tidak, aku akan ‘basuh’ kau cukup-cukup dan suruh kau minta maaf pada aku dan perempuan-perempuan lain kerana tindakan kau sangat kurang ajar, biadap!

Rasa nak tampar laju-laju!

Walaupun hanya sekadar soalan, cukup untuk membuatkan aku membaca peribadi kau yang sebenar.

Kau ni menderita penyakit jiwa yang serius!

Aku malu bila saudara seislam dan sebangsa buat perangai sebegini.

Rosak akhlak!

Hati-hati ya pada gadis-gadis di luar sana, lelaki begini lah yang selalunya menganiaya perempuan, kes-kes rogol dan cabul yang semakin berleluasa , pelakunya adalah lelaki yang berpenyakit begini!

Saturday, November 27, 2010

polishing english:)

i decided to quit

because there is no sincerity left within me.

i can't stand the annoyance.

my patience is very little.

i apologized for being such a moron.

i am troublesome.

i am like a baby who loves to be spoonfed.

may Allah forgive me for being such a irresponsible chap.

i beg all of u, the aggrieved party to forgive me.

i don't want to rot in hell.

Friday, November 12, 2010

bila hormon mengamuk!

bila hormon mengamuk

marah pun menyesak-nyesakkan nafas

sedih jadi demam

tertekan lalu pening 24 jam.

oh dunia, ampunkan aku yang kesepian

sehingga cinta yang sedikit bisa buat aku jadi gila dan melompat.

oh langit, jangan ketawakan aku yang berpura-pura gembira

kerana tiada yang benar-benar boleh mendengar segala hiba

bukan semua mahu menerima kocak hidup orang lain.

oh bintang, temankan aku yang berduka lara

kerana sakitnya ini tak tertulis

oh bodohnya kau ni!

jadi dimana Tuhan di hati kau, hah!

Tuesday, October 26, 2010

touched by criminal offence

i flipped through my criminal law book ( offences against persons and property ) and this words caught my eyes.

AS CO-AUTHOR, I DEDICATE MY CONTRIBUTION
TO THE MEMORY OF MY LATE WIFE

CHOONG MEE LENG

who in her youth, Fate did not avail the opportunity but who later realised her potential by providing the inspiration and support for all my endeavours. Her sudden demise in April 2008 has left my life since empty and meaningless.
My beloved wife, may you rest in peace.

I'M TOUCHED.

appreciate people who loves u.
try not to offend them no matter how harsh the situation is.
express your love before it's too late:)




Sunday, October 10, 2010

0f 10th october and....

i'm in the phase of writing short to avoid blog readers vommiting on my wall for my endless writing beforehand.

well, (trying hard not to crap a lot) i found this picture from my favourite blog (jeng3) and decided to slam it on my wall.

it is unique because i think mr faisal drew it on his own due to no source being credited to. (eleh ckp je la die hard fan kan)

and most important thing people, i interpret it as our reminder to not to forget our brothers in Gaza and pray for them every mins we have.

happy 10.10.2010 everyone!
congratulations to those who's tying the knot or organizing an open house, or went to bungee jumping or having a baby or losing the first teeth..or

live live simple huh.
do not overjoyed.

Wednesday, October 6, 2010

monolog

kasihan melihat nasib blog ini yang terbiar.
tuannya entah kemana, mengulit apa sehingga mengabaikan mimpinya yang satu.
ehem.

tuannya masih mencari semangat yang hampir hilang.
apabila semuanya terasa tawar, tiada keghairahan.
gila-gilanya sudah kurang gila.

mungkin kerana tanggungjawab yang semakin banyak dan menghimpit.
memaksa tuannya hanya tersenyum tawar.
atau mungkin ini masanya untuk meneroka horizon yang baru.
atau mungkin ini salah satu tanda kematangan.
ehem.mengarut.

susah jika terlalu memendam.
susah juga jika gesit meluahkan.
boleh menjemput fitnah.

kadang sunyi dalam ramai.
pura-pura gembira untuk memaniskan muka.
hipokrit.

lega dia masih ada Allah.
masih ada dekat dengan nadi.
x pernah menjauh tetapi hambaNya yang degil enggan mendekat.
ampun.

Wednesday, September 22, 2010

bebas!

saya mahu sebebas merpati di langit putih kebiru-biruan.

menari bahagia dalam redha Dia yang Maha Penyayang.