Monday, May 28, 2012

Perempuan Nan Bercinta

Saya menuju ke pesta buku juga walaupun dengan seribu rintangan. Makan pun tak sempat dan hanya diisi biskut Tiger dan air mineral.Orang memang ramai.Belum lagi yang tersentuhlah,tergesellah, terpijak kakilah.Semuanya cukup menguji kesabaran seorang gadis yang sensitif macam saya. Luckily, my short and small figure give me advantage to slip in the crowd easily with minimal touching.ehem

Berjanji pada diri sendiri untuk tidak membeli selain dari yang disenaraikan, saya terus mencari buku-buku idaman. Sedang asyik membelek buku Perempuan Nan Bercinta, saya menangkap bayangan seseorang melalui  ekor mata. eh, Faisal Tehrani lah! Ah,moleklah ni. Boleh minta tandatangan terus. Siap merangka-rangka soalan yang mahu ditanyakan..Err lebih-lagi tentang perkembangan pengharaman buku beliau iaitu Sebongkah Batu di Kuala Berang dan macam-macam lagi lah.

Dengan muka tebal, saya terkedek-kedek mengikut FT dari belakang. Siap tawaf booth ITBM 2 3 kali jugalah sebelum mampu menegur FT ini.
Akhirnya, saya memberi salam dan berbasa-basi. Terjengket-jengket mahu mengintai apa yang ditulis FT dalam buku saya itu tetapi tidak kesampaian kerana FT menandatangani buku di atas rak buku yang lebih tinggi dari saya. Lucu. Sudahlah tidak dapat bergambar kerana telefon bimbit yang berkamera sedang dibaiki pula.

FT - "Hannan, kita pernah jumpa kan sebelum ni?"
Saya - Err ya, pernah..(eh 2 tahun yang lepas tu!)
FT - Ya, saya ingat nama Hannan ni..

Sebenarnya nak tanya apa yang membuatkan dia ingat tetapi kerana keseganan yang amat, saya tersenyum sahaja. Tak mahu dilihat tergedik-gedik pula. Sudahlah soalan-soalan yang dirangka dalam kepala tadi semuanya entah kemana. Paling menyesal tak dapat tanya 'please name one of your favourite book and i'll look for it now' dan 'what have u done to go against JAKIM for banning your book?". Tetapi yang ditanya lain pula. Apa ni!



saya- "buku ini tentang apa?"
FT jawab dan senyum, "I dont want to spoil" 

Dan sedikit hampa kerana tak dapat tandatangan FT untuk Ketupat Cinta. Bila buku dah dapat, FT sudah hilang.

Baru membaca suku dari buku. Mengasyikkan jika menghayati betul-betul perdebatan antara Tengku Idora dan Dr Ali Taqi. Sesuai untuk perempuan dan lelaki yang tidak memahami siapa anda di sisi Islam.

Hey, I don't want to spoil too. Tunggu habis baca dahulu lah baru kita boleh bercerita dengan lebih lanjut lagi:)





Sila tonton video ini untuk mengenali siapa FT dan Perempuan Nan Bercinta

Thursday, May 17, 2012

Aku mengenali dia di dunia yang lagi satu


    Aku mengenali dia di dunia yang lagi satu. Saat matahari terbenam pertama kali di bulan Mac, aku  mulai teringat-ingat wajahnya yang tenang. Pandaknya yang tidak begitu rapi, ketawanya yang tiba-tiba pecah, rambutnya yang hitam ikal dan bibirnya yang licin. Suatu perasaan yang luar biasa hingga kamu lupa bagaimana kehidupan kamu sebelum ini tanpa dia. Entah berapa banyak masak dihabiskan untuk berdua-duaan di dalam sepasang matanya. Kau pun tahu, kata-kata tidak pernah cukup untuk mengungkap perasaan dan kau pun tahu kau tidak memerlukan sebab untuk jatuh cinta.

    Pada suatu hari, masih menyaksikan mentari yang sama, dia meninggalkan aku sendiri tanpa berkata apa-apa. Dia langsung tidak peduli dengan jeritan dan tangisanku. Aku merayu-rayu pada dia bagai orang yang kurang siuman. Aku menarik-narik lengan bajunya tetapi dia masih mahu pergi. Aku memukul-mukul dadanya yang bidang tapi dia masih begitu. Jadi bisu.

     Setiap kali dia muncul dalam maya dan sedar, aku memujuk-mujuknya supaya membenarkan aku kembali ke dalam sepasang matanya. Dia tidak melawan namun sepasang matanya masih begitu. Kosong. Sepasang mata yang tidak lagi menembak apa-apa perasaan dari hatinya. Aku mencampakkan loket ungu pemberiannya ke dalam lautan di timur. Kerana kesedihan yang amat, aku terus lari ke bahagian bumi yang paling dalam. Aku menyumpah-nyumpahnya dalam setiap waktu yang aku ada. Mengapa Tuhan membuatkannya begitu jatuh cinta dan sekarang jatuh sakit yang menenatkan.
Pada suatu hari ketika aku cuba memecahkan kaca bingkai gambarnya dengan tanganku, ibu hampir menamparku dan mengheretku ke rumah ibunya.

    “ Nah, jika kau tidak dapat membunuhnya, bunuhlah ibunya! Mereka punyai darah yang sama!”
Ah, ibunya juga begitu. Punyai sepasang mata yang kini kosong dan menyakitkan hati. Anehnya, perempuan itu hanya tersenyum ikhlas dan berkata,  

“Zanjabila, dia cuma pergi berperang dengan dirinya yang lagi satu.”

    Aku terdiam dan tiba-tiba air mata tidak lagi menitis ke cawan kopi seperti selalu. Tanda sepi. Aku tidak lagi memaki hamun sesiapa yang bercinta di hadapanku. Aku tidak lagi cuba mencarinya di dunia yang lagi satu. Aku tidak jadi mengoyakkan suratnya. Aku mulai malu dan pada Tuhan kerana terus melupakan Dia, pemilik cinta yang memberikan aku rasa sehebat itu.



Dan pada malam itu aku bermimpi berpegangan tangan dengannya di syurga.