Saya menuju ke pesta buku juga walaupun dengan seribu rintangan. Makan pun tak sempat dan hanya diisi biskut Tiger dan air mineral.Orang memang ramai.Belum lagi yang tersentuhlah,tergesellah, terpijak kakilah.Semuanya cukup menguji kesabaran seorang gadis yang sensitif macam saya. Luckily, my short and small figure give me advantage to slip in the crowd easily with minimal touching.ehem
Berjanji pada diri sendiri untuk tidak membeli selain dari yang disenaraikan, saya terus mencari buku-buku idaman. Sedang asyik membelek buku Perempuan Nan Bercinta, saya menangkap bayangan seseorang melalui ekor mata. eh, Faisal Tehrani lah! Ah,moleklah ni. Boleh minta tandatangan terus. Siap merangka-rangka soalan yang mahu ditanyakan..Err lebih-lagi tentang perkembangan pengharaman buku beliau iaitu Sebongkah Batu di Kuala Berang dan macam-macam lagi lah.
Dengan muka tebal, saya terkedek-kedek mengikut FT dari belakang. Siap tawaf booth ITBM 2 3 kali jugalah sebelum mampu menegur FT ini.
Akhirnya, saya memberi salam dan berbasa-basi. Terjengket-jengket mahu mengintai apa yang ditulis FT dalam buku saya itu tetapi tidak kesampaian kerana FT menandatangani buku di atas rak buku yang lebih tinggi dari saya. Lucu. Sudahlah tidak dapat bergambar kerana telefon bimbit yang berkamera sedang dibaiki pula.
FT - "Hannan, kita pernah jumpa kan sebelum ni?"
Saya - Err ya, pernah..(eh 2 tahun yang lepas tu!)
FT - Ya, saya ingat nama Hannan ni..
Sebenarnya nak tanya apa yang membuatkan dia ingat tetapi kerana keseganan yang amat, saya tersenyum sahaja. Tak mahu dilihat tergedik-gedik pula. Sudahlah soalan-soalan yang dirangka dalam kepala tadi semuanya entah kemana. Paling menyesal tak dapat tanya 'please name one of your favourite book and i'll look for it now' dan 'what have u done to go against JAKIM for banning your book?". Tetapi yang ditanya lain pula. Apa ni!
FT jawab dan senyum, "I dont want to spoil"
Dan sedikit hampa kerana tak dapat tandatangan FT untuk Ketupat Cinta. Bila buku dah dapat, FT sudah hilang.
Baru membaca suku dari buku. Mengasyikkan jika menghayati betul-betul perdebatan antara Tengku Idora dan Dr Ali Taqi. Sesuai untuk perempuan dan lelaki yang tidak memahami siapa anda di sisi Islam.
Hey, I don't want to spoil too. Tunggu habis baca dahulu lah baru kita boleh bercerita dengan lebih lanjut lagi:)
Sila tonton video ini untuk mengenali siapa FT dan Perempuan Nan Bercinta
0 comments:
Post a Comment