Monday, January 31, 2011

Hari yang menyentakkan

I

Hari yang menyentakkan.

Aku yang diserang demam selesema dan batuk tetap degil mahu keluar berjalan. Hari sebelumnya kami berjalan ke Kampung Baru untuk merasai kemeriahan malam di Kuala Lumpur.

Apabila Kuala Lumpur di depan mata, kebenaran memang pahit untuk ditelan apabila melihat perilaku anak bangsa.

Oh, Tuhan Kau Maha pengasih. Kau murka setiap hari melihat manusia ingkar namun Kau masih membuka pintu taubat dan memandang kami dengan penuh kasih sayang, membuat tidur kami lena walau kami tidak pernah bangun solat malam menyembah Kau. Memberi kami makan minum yang cukup dan lazat biarpun kami jarang sekali bersyukur.

Ah, kuala lumpur yang penuh warna.

Melewati jalan raya di Kuala Lumpur yang disimbah cahaya dan menyusuri kelab-kelab malam, kompleks membeli belah dan memerhati pelbagai ragam manusia.

Hati nakalku berbisik entah berapa ramai lelaki malam ini menggeliat ghairah dalam dakapan pelacur, yang kaya raya berperut boroi berjalan kearah kelab malam yang bergelintang gumintang cahaya, berapa ramai yang mabuk terhuyung-hayang lalu muntah arak, berdansa bersuka ria berzina, dan para homoseksual berliwat menumpahkan nutfah.

Begitu penyayang dan pengasihnya, Tuhanku yang masih membuka pintu taubat. Apalah ertinya Kuala Lumpur jika Tuhanku mampu menghancurkan ini semua dalam sekelip mata! Kalau kiamat malam ini, habis hancurlah semua Kuala Lumpur jadi debu-debu halus.

Syaitan ketawa mengekek melihat anak bangsaku hancur, anak adam jatuh ke neraka jahanam. Oh Tuhanku yg maha pengasih, izinkan aku mencintai Kau dengan sedalam-dalamnya sehingga tiada nafsu kuala lumpur dapat melekat dalam dadaku.

Tunjukkan aku jalan yang lurus selurus-lurusnya kerana aku mahukan keredhaanMu.

II

Malam itu satu UITM bergelap kerana tiada eletrik. Aku mati akal bergelap dalam bilik di tingkat empat. Merungut-rungut setiap minit akan betri mobil yang mati, tugasan yang belum disiapkan dan aku ketakutan kerana bakal keseorangan. Teman sebilik yang hanya tinggal seorang mahu keluar berjumpa teman.

Lantas aku memberi pesanan ringkas pada ibuku. Ambil lah aku pulang. Dalam kelam kabut gelisah menunggu ibu, aku cuba menenangkan dan bermuhasabah diri.

Keadaan segelap ini pun membuat aku tidak tentu arah dan resah, apatah lagi bila keseorangan di kubur nanti!

Sudah cukupkah amal yang dilakukan kerana ketika itu tiada TNB yang dapat menolong dan ibu pun tiada. Tiada siapa.

Klik!

Lampu terbuka dan bilik jadi terang-benderang.

Terima kasih, Tuhan untuk takdir hari ini.

Tuesday, January 18, 2011

ingin jadi laskar pelangi!

LASKAR PELANGI - NIDJI

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya





Saya jatuh cinta dengan lagu ini usai membaca tetralogi buku laskar pelangi.

Ketika itu semua perkara menjadi tidak mustahil, keinginan untuk menjadi luar biasa melonjak-lonjak malah sempat lagi berangan-angan untuk mengelilingi dunia seperti ikal, watak utama dalam novel ini!

ah, begitu nikmatnya hidup lebih-lebih lagi pada umur yang masih muda!

dan ketika ini saya berasa sugul ditambah lagi dengan kesihatan yang tidak berapa baik, saya tergerak untuk mendengar kembali lagu ini dan sungguh-sungguh melodinya menggembirakan dan perasaan luar biasa itu segar kembali!

saya bercadang untuk mengulang kembali bacaan saya untuk memperbaharui semangat!

yeah!

p/s- satu kerugian jika anda belum menyentuh laskar pelangi dan lebih rugi lagi jika masa muda anda berlalu tanpa laskar pelangi!:)



Wednesday, January 5, 2011

tahun baru

Malam tahun baru saya biasa-biasa sahaja.
Tiada bunga api, sorak-sorai dan sebagainya yang berkaitan dengan tipikal sambutan tahun baru masa kini.

Saya menemankan ibu mengambil kakak yang baru pulang dari perlis di hentian duta dan kami lebih banyak diam saat kereta menyusur tenang di lebuhraya.

Saya diam bukan untuk menganalisis 2010 tetapi memikirkan masa depan atau sebetulnya takdir yang akan saya tempuh pada 2011.

Azam baru 2011, kali ini perlu dihentam dengan momentum yang lebih berkuasa kerana azam-azam tahun lepas hanya tinggal debu-debu yang berterbangan dan saya boleh katakan yang saya gagal.

Namun saya bersyukur kerana kegagalan tersebut berjaya membangkitkan diri saya dari lena yang panjang dan saya harus keluar dari zon selesa ini.

Saya bersedia untuk bekerja keras, dan juga membuang segala perangai buruk yang memakan diri!

insyaAllah.

perit sekali kegagalan-kegagalan ini!!