I
Hari yang menyentakkan.
Aku yang diserang demam selesema dan batuk tetap degil mahu keluar berjalan. Hari sebelumnya kami berjalan ke Kampung Baru untuk merasai kemeriahan malam di Kuala Lumpur.
Apabila Kuala Lumpur di depan mata, kebenaran memang pahit untuk ditelan apabila melihat perilaku anak bangsa.
Oh, Tuhan Kau Maha pengasih. Kau murka setiap hari melihat manusia ingkar namun Kau masih membuka pintu taubat dan memandang kami dengan penuh kasih sayang, membuat tidur kami lena walau kami tidak pernah bangun solat malam menyembah Kau. Memberi kami makan minum yang cukup dan lazat biarpun kami jarang sekali bersyukur.
Ah, kuala lumpur yang penuh warna.
Melewati jalan raya di Kuala Lumpur yang disimbah cahaya dan menyusuri kelab-kelab malam, kompleks membeli belah dan memerhati pelbagai ragam manusia.
Hati nakalku berbisik entah berapa ramai lelaki malam ini menggeliat ghairah dalam dakapan pelacur, yang kaya raya berperut boroi berjalan kearah kelab malam yang bergelintang gumintang cahaya, berapa ramai yang mabuk terhuyung-hayang lalu muntah arak, berdansa bersuka ria berzina, dan para homoseksual berliwat menumpahkan nutfah.
Begitu penyayang dan pengasihnya, Tuhanku yang masih membuka pintu taubat. Apalah ertinya Kuala Lumpur jika Tuhanku mampu menghancurkan ini semua dalam sekelip mata! Kalau kiamat malam ini, habis hancurlah semua Kuala Lumpur jadi debu-debu halus.
Syaitan ketawa mengekek melihat anak bangsaku hancur, anak adam jatuh ke neraka jahanam. Oh Tuhanku yg maha pengasih, izinkan aku mencintai Kau dengan sedalam-dalamnya sehingga tiada nafsu kuala lumpur dapat melekat dalam dadaku.
Tunjukkan aku jalan yang lurus selurus-lurusnya kerana aku mahukan keredhaanMu.
Malam itu satu UITM bergelap kerana tiada eletrik. Aku mati akal bergelap dalam bilik di tingkat empat. Merungut-rungut setiap minit akan betri mobil yang mati, tugasan yang belum disiapkan dan aku ketakutan kerana bakal keseorangan. Teman sebilik yang hanya tinggal seorang mahu keluar berjumpa teman.
Lantas aku memberi pesanan ringkas pada ibuku. Ambil lah aku pulang. Dalam kelam kabut gelisah menunggu ibu, aku cuba menenangkan dan bermuhasabah diri.
Keadaan segelap ini pun membuat aku tidak tentu arah dan resah, apatah lagi bila keseorangan di kubur nanti!
Sudah cukupkah amal yang dilakukan kerana ketika itu tiada TNB yang dapat menolong dan ibu pun tiada. Tiada siapa.
Klik!
Lampu terbuka dan bilik jadi terang-benderang.
Terima kasih, Tuhan untuk takdir hari ini.
0 comments:
Post a Comment