Thursday, May 26, 2011

lagi puisi


*Lagi puisi untuk hari ini tetapi kali ini dari saudara Aidil Khalid. Suka pada perenggan terakhir yang membuatkan saya gigit lidah sekejap!Ouch, terasa!



[Hidup]


Kata Sitor:
“Kesibukan kerja
lebih mesra dari
kesepian istirehat!”

Aku menyanggah –
kesepian istirehat
lebih erat dari
lesu jiwa saat kerja.

Dan kau mencelah:
Kebeningan menelaah
– membaca atau menulis –
paling intim
lebih dari istirehat
atau kerja!

(dia mencemuh;
katanya aku malas).



oleh Aidil Khalid
sumber- klik sini


Dan siapa mahu setuju bersama-saya bahawa saat matahari terbenam pun adalah sebuah puisi?

# gambar ini dari seseorang yang suka tangkap gambar #

Wednesday, May 25, 2011

senyum

Aku suka melihat kamu tersenyum.

Aku bahagia.

Tetapi senyum itu tidak lagi untuk aku.

Hilang terus dalam kedinginan.

ya, senyum itu bukan untuk aku.


Kalau benar redha.

Mengapa air mata tumpah?

Kalau benar ikhlas kerana Rabb.

Jadi mengapa hati terasa hancur?


Senyuman itu bukan untuk aku.

Hancur.

Kenapa?


Cinta bererti engkau cemburu demi Sang Kekasih, jangan-jangan seorang manusia sepertimu juga menyintai-Nya' - Asy Syibli

Sunday, May 22, 2011

aku lebih suka kalau kamu....

Aku lebih suka melihat kamu yang kurus macam Halle Berry.

Tidak, aku lebih suka melihat kamu yang berisi.

Lelaki suka gadis yang berisi, bukan?

Aku lebih suka melihat kulit kamu yang cerah bagai susu lembu.

Tidak, aku lebih suka melihat kulit kamu yang hitam manis.

Nampak lebih unik dan eksotik.


Aku suka mata kamu yang bulat dan bundar.

Tidak, mata kamu yang sepet nampak lebih seksi dan mengancam macam Zhang Zi Yi.


Aku suka rambut kamu yang ikal mayang.

Tidak, aku rasa rambut kamu yang kerinting seperti orang Nigeria lebih menarik.


Aku suka melihat wajah kamu yang bujur seperti telur ayam.

Tidak, bagiku muka kamu yang bulat lebih comel.


Aku suka kalau kamu semua ikut kesukaan aku.

Ya, apa dia?

Aku suka kalau kamu semua bersyukur!!


"Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah : Ayat 216)

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan"? (Surah Ar-Rahman)


Thursday, May 19, 2011

bercanggah bukan bermaksud benci

* Puisi ini dicuplik dari cerpen Ijtihad, dikarang indah oleh saudara NF Abdul Manaf dan disiarkan di Mingguan Malaysia pada 15 mei lalu.sumber- klik sini

*Sekadar mengingatkan supaya tidak disalah ertikan oleh mana-mana pihak, puisi ini tiada kena mengena dengan sesiapa dalam hidup saya atau sesiapa yang sedang atau sudah tiada lagi dalam hidup saya.

*Saya ambil puisi ini kerana suka dengan cara lelaki itu menyembunyikan perasaan pada gadis itu.ya, haruslah dia sembunyikan kerana dia adalah suami orang!


kamu, anda.

Kalau kau bertanya

Aku di mana

Pastinya di mana-mana

Antara bumi dan angkasa

Antara realiti dan maya

Tidak henti

Kita bercanggah

Apakah kau tahu

Aku sengaja mengusikmu

Mengatakan A bila kau pilih Z

Pusing ke kiri bila kau belok

ke kanan

Kerana aku takut

Sekiranya jalan kita seiring

Kita akan bersama

Dan kau akan ketawakan

Cinta aku yang dalam

tidak bertepian

Buat seseorang yang tiada tolok

bandingnya.


Saturday, May 14, 2011

semester 5

Syukur pada Tuhan. kami Berjaya menamatkan semester 5 ijazah sarjana muda undang-undang. Keputusan peperiksaan kita cerita lain nanti. Yang penting kita dah berusaha sedaya upaya untuk menghadiri semua kelas, menyiapkan tugasan, menghadapi ujian dan peperiksaan akhir.

Wah. Saya kira semester ini memang sangat mencabar. Terkejar-kejar sehingga merasakan yang 24 jam itu tidak cukup. Sesak nafas cuba untuk menyiapkan project paper yang acapkali perlu dibetulkan, dan ada pula tugasan yang perlu dihantar pada minggu pertama peperiksaan bermula!

Tetapi saya seronok begini kerana saya mempunyai keluarga yang memahami saya yang begitu jarang pulang walaupun rumah sangat dekat dengan UITM, sahabat-sahabat yang setia menyokong satu sama lain dan menjadi pendengar yang baik dan paling penting, ada Allah yang sentiasa dekat dengan saya, membisikkan kata-kata semangat dalam setiap bait doa ma’thurat dan kalam Quran. Cuma semester ini saya kehilangan seseorang. Tiada lagi nasihat-nasihatnya melewati hari-hari saya di kolej. Tidak mengapalah. Manusia bertemu kerana Dia, dan berpisah juga kerana Dia dan siapalah saya untuk mempertikaikan dan bersedih atas takdir yang menimpa. Saya meredhakan segalanya dan cuba untuk memahami hikmah yang tersirat. Bak kata Salsabila dalam Tunggu Teduh Dulu, “ kerja Tuhan, siapa tahu?”

Cik Hannan dan kawan-kawan sempat lagi menonton teater Lat di Istana Budaya dalam kesibukan berkuliah:)



Terima kasih pada semua yang hadir dalam hidup saya secara langsung atau tidak langsung, dalam bentuk entiti atau roh. Terima kasih juga buat semua pensyarah yang begitu berdedikasi mengajar kami. Semoga Allah sentiasa meredhai kalian dan insyaAllah saya cuba untuk mengikuti segala nasihat dan tunjuk ajar.

Macam tidak percaya yang semester depan ialah semester yang terakhir. Tamat sudah ijazah sarjana muda undang-undang. Walaupun kami harus melalui lagi satu tahun untuk LLB honours, menamatkan 6 semester ini saja adalah suatu kegembiraan dan kesyukuran.

Saya kira semester ini antara semester yang terbaik mengikut pencapaian peribadi. Walaupun peperiksaan akhir memang sukar, namun saya puas hati kerana telah melakukan yang terbaik. Ya, walaupun ada soalan 20 markah yang jawapannya hanya suku mukasurat! insyaAllah akan lebih berusaha untuk semester depan dan kalau boleh, mendapat anugerah dekan. Segalanya bukan mustahil, bukan?

Cuti untuk kali ini juga begitu panjang. Bermula dari bulan Mei dan kuliah bermula pada bulan September. Saya berazam untuk tidak mensia-siakan cuti panjang ini. Banyak perancangan sudah disusun-susun dalam kepala. Mahu belajar memasak dengan intensif (ehem), berkerja untuk mengumpul duit, belajar mengaji sampai betul-betul sempurna, melawat kakak di Kulim, menghabiskan membaca buku-buku yang bacaannya tergendala, memperhebat skil menulis, dan macam-macam lagi lah!

Jadi, doakan saya berjaya, ya. Ameen.


Tuesday, May 10, 2011

peluk

Tuhan,
Peluk aku erat-erat dalam kasih sayangMu.

Jadikan aku redha.

Semoga pada setiap air mata yang tumpah.
Ada kebahagiaan dariMu.