Syukur pada Tuhan. kami Berjaya menamatkan semester 5 ijazah sarjana muda undang-undang. Keputusan peperiksaan kita cerita lain nanti. Yang penting kita dah berusaha sedaya upaya untuk menghadiri semua kelas, menyiapkan tugasan, menghadapi ujian dan peperiksaan akhir.
Wah. Saya kira semester ini memang sangat mencabar. Terkejar-kejar sehingga merasakan yang 24 jam itu tidak cukup. Sesak nafas cuba untuk menyiapkan project paper yang acapkali perlu dibetulkan, dan ada pula tugasan yang perlu dihantar pada minggu pertama peperiksaan bermula!
Tetapi saya seronok begini kerana saya mempunyai keluarga yang memahami saya yang begitu jarang pulang walaupun rumah sangat dekat dengan UITM, sahabat-sahabat yang setia menyokong satu sama lain dan menjadi pendengar yang baik dan paling penting, ada Allah yang sentiasa dekat dengan saya, membisikkan kata-kata semangat dalam setiap bait doa ma’thurat dan kalam Quran. Cuma semester ini saya kehilangan seseorang. Tiada lagi nasihat-nasihatnya melewati hari-hari saya di kolej. Tidak mengapalah. Manusia bertemu kerana Dia, dan berpisah juga kerana Dia dan siapalah saya untuk mempertikaikan dan bersedih atas takdir yang menimpa. Saya meredhakan segalanya dan cuba untuk memahami hikmah yang tersirat. Bak kata Salsabila dalam Tunggu Teduh Dulu, “ kerja Tuhan, siapa tahu?”
Cik Hannan dan kawan-kawan sempat lagi menonton teater Lat di Istana Budaya dalam kesibukan berkuliah:)
Terima kasih pada semua yang hadir dalam hidup saya secara langsung atau tidak langsung, dalam bentuk entiti atau roh. Terima kasih juga buat semua pensyarah yang begitu berdedikasi mengajar kami. Semoga Allah sentiasa meredhai kalian dan insyaAllah saya cuba untuk mengikuti segala nasihat dan tunjuk ajar.
Macam tidak percaya yang semester depan ialah semester yang terakhir. Tamat sudah ijazah sarjana muda undang-undang. Walaupun kami harus melalui lagi satu tahun untuk LLB honours, menamatkan 6 semester ini saja adalah suatu kegembiraan dan kesyukuran.
Saya kira semester ini antara semester yang terbaik mengikut pencapaian peribadi. Walaupun peperiksaan akhir memang sukar, namun saya puas hati kerana telah melakukan yang terbaik. Ya, walaupun ada soalan 20 markah yang jawapannya hanya suku mukasurat! insyaAllah akan lebih berusaha untuk semester depan dan kalau boleh, mendapat anugerah dekan. Segalanya bukan mustahil, bukan?
Cuti untuk kali ini juga begitu panjang. Bermula dari bulan Mei dan kuliah bermula pada bulan September. Saya berazam untuk tidak mensia-siakan cuti panjang ini. Banyak perancangan sudah disusun-susun dalam kepala. Mahu belajar memasak dengan intensif (ehem), berkerja untuk mengumpul duit, belajar mengaji sampai betul-betul sempurna, melawat kakak di Kulim, menghabiskan membaca buku-buku yang bacaannya tergendala, memperhebat skil menulis, dan macam-macam lagi lah!
Jadi, doakan saya berjaya, ya. Ameen.
0 comments:
Post a Comment