*Lagi puisi untuk hari ini tetapi kali ini dari saudara Aidil Khalid. Suka pada perenggan terakhir yang membuatkan saya gigit lidah sekejap!Ouch, terasa!
[Hidup]
Kata Sitor:
“Kesibukan kerja
lebih mesra dari
kesepian istirehat!”
Aku menyanggah –
kesepian istirehat
lebih erat dari
lesu jiwa saat kerja.
Dan kau mencelah:
Kebeningan menelaah
– membaca atau menulis –
paling intim
lebih dari istirehat
atau kerja!
(dia mencemuh;
katanya aku malas).
oleh Aidil Khalid
sumber- klik sini
Dan siapa mahu setuju bersama-saya bahawa saat matahari terbenam pun adalah sebuah puisi? # gambar ini dari seseorang yang suka tangkap gambar #
0 comments:
Post a Comment