Friday, January 29, 2010

a beautiful love

when i first saw them, i was suprised because they were sharing ABC and the girl wore long hijab.
i walked past their table with deep curiosity of their status.
hey they look so young!do u think they are married?pretty impossible, huh?

since i was staying at kolej mawar, dataran cendekiawan was the nearest place to get food and this means i always get the chances to bumped onto them.
i met them at the second time and this time around, they were doing homework together!
& there was one time when the girl accompanied the boy to the mosque for jumaat prayer!
how cute is that!!*

they both are petite & cute!
the girl is almost as tall as the boy & that makes me think they are a very adorable couple.

what's so special about them?
thousand couple is in uitm and eating together at dataran cendekiawan but why they got my eyes on them?

the reason is simple.
i believe they are married and the bond makes them shines amongst other 'unauthorized' couple.
the similar rings on their finger prove it all:)

*mmg betul lah sesuatu yang diredhai Allah tu terasa sangat indah dan manis.subhanallah.
kalau yang memandang pun terasa bahagia, apatah lagi yang merasa:))

Friday, January 1, 2010

embrace it or be a loser!!!!

I took this post from here since it is related with our journey as law student:))
embrace it or be a loser!haha

************************************************************************


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"While people sleep, we work. While people work, we work ahead,"
Saya tidak akan lupa kata-kata itu.

Ianya terucap kira-kira 15 tahun lalu oleh pengetua kolej Mr. PMS Jassal ketika saya menekuni pengajian A-Level, jurusan undang-undang di Juara Academy College di ibu kota.

Waktu itu, saya adalah pelajar Melayu tunggal dan 'tunggul' dalam kelas seramai 30 orang itu. Berkecamuk fikiran pada hari pertama saya mendaftar. Masakan tidak, sudahlah 'solo' ditambah pula dengan 'sepatah haram' saya tidak memahami apa yang diajar.

Bukan sehari tetapi berjangkit sehingga lebih sebulan!

Tidak cukup dengan itu, saya sering menjadi bahan ketawa rakan-rakan sekelas dan pensyarah lantaran kegagalan saya untuk membuat 'presentation' jauh sekali untuk mendapat tempat teratas dalam carta kelas.

Lebih menambahkan pedih dan pilu di jiwa, apabila seorang pelajar yang selalu dianggap 'best student' dalam kelas mencabar sambil menghunuskan jari telunjuknya tepat ke muka saya. "At the end of the day, nobody can touch me, especially you!" katanya pada saya, terkelipot-kelipot malu.

Seorang pelajar wanita pula, bertaruh untuk menjamu saya makan di hotel lima bintang, sekiranya berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Saya percaya, dia berani bertaruh kerana yakin yang saya tidak akan menggapai bintang. Betul-betul menghinakan.

Kawan-kawan seperti Manoj Kumar, Manimaran, Azman Sagau dan Ronnie menenangkan saya. Mereka memberi perangsang dan selalu membantu, apa yang saya tidak tahu.

Setelah enam bulan berlalu di kolej itu, saya sering bertemu dengan pensyarah Baljit Singh Sidhu untuk mendapat 'evaluation' atau penilaian ke atas prestasi pengajian saya selama ini dan seperti yang dijangkakan jawapannya cukup mendukacitakan.

"Aaa...don't worry. Bottom line, you boleh pass...," katanya tergesa-gesa. Sedih. Bukannya pangkat A, B atau C tetapi sekadar lulus cukup makan sahaja..

Suatu malam, ketika gelisah untuk melelapkan mata dan merawang masa depan yang kabur, tertangkap kalimah kudus dari ibu tercinta sebagai kata-kata azimat ketika menjejak kaki di ibu kota untuk menuntut ilmu.

"Mak tak boleh tengok dan jaga anak mak setiap masa. Mintalah Allah supaya jaga dan selamatkan anak mak. Jika susah, mintalah pada Allah, pasti Dia perkenankan. Percayalah..." kata Azizah Jasin, ibu tercinta kepada saya sambil memetik bait-bait ayat kalimah tuhan.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

Saya bingkas, lalu mengerjakan solat dua rakaat. Tewas, akhirnya air mata basah di hujung sejadah.

Mulai hari itu, saya tidak menoleh lagi. Saya berusaha sedaya dan sekuat mungkin. Kamus sentiasa di sisi, tiap kali saya membuka buku. Buku seperti English Legal System, Constitutional Law, Jurisprudence setiap helaiannya saya ulangi sampai lapan kali!

Malah, saya hantar tugasan-tugasan dan 'asignment' sendiri berkajang-kajang kepada pensyarah untuk disemak, bertanya soalan-soalan bertubi-tubi sehingga kelihatan 'membosankan' bagi mereka.

Saya kemudian beranikan diri bercakap di khalayak, walaupun 'broken English.' "Apa nak malu, janji saya maju. Biar mereka ketawa atau sendawa, janji saya berjaya," getus hati cuba menceriakan hari.

Waktu itu, barulah saya tahu, doa dan kerja keras (rajin, usaha) adalah pembuka jalan kejayaan. Mungkin ini ayat 'cliche' atau 'stereotype'. Hakikatnya hidup ini tidak ada yang 'short cut'.

Selepas doa itu, setiap apa yang saya pelajari, hafal dan faham datang dengan begitu mudah. Dikenal ketika senang, dilupa ketika susah
"While people sleep, we work. While people work, we work ahead," kata Jassal menepuk-nepuk bahu saya yang kelihatan agak sugul adakalanya.

Dan di saat saya menjalani proses lipat kali ganda usaha, baru saya tahu bahawa kerajinan orang Cina dan orang Putih atau kaum-kaum lain membuatkan mereka berjaya. Bukannya faktor otak Cina lebih baik dari otak Melayu atau otak Orang Putih lebih baik dari semua otak-otak.

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)

Begitu juga dengan surah
Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Ya, saya yakin doa akan dimakbulkan Tuhan. Usaha gigih dapat balasan setimpal. Tak kira siapa, Melayu, Cina, India dan Mat Salleh juga akan dapat balasan, jika usaha lebih. Bukan masalah otak.

Dulu ketika mengerjakan umrah, saya pernah berdoa yang 'bukan-bukan' di depan Kabaah. Ketika itu, tahun 1990 usia saya menjangkau 16 tahun. Akibat terlalu obses dengan cerita-cerita aneh, mistik dan misteri di Makkah dan Madinah, saya mula memanjatkan doa, untuk melihat bukti kuasa Tuhan.

"Ya Allah, jika benar makbul doa di sini, hilanglah seliparku." Begitu dangkal doa saya dan cuba menguji Tuhan.

Sebelum itu telah saya sorokkan selipar buruk itu di suatu sudut di pintu masuk Masjidil Haram. Ringkaskan cerita, Tuhan makbulkan permintaan saya yang pendek akal itu. Hilang selipar saya, walaupun ianya buruk.

Dan lebih parahkan lagi keadaan, selipar saya hilang setiap kali saya beli yang baru, dan berlanjutan selama enam hari! Mengelabah, pucat dan panik saya dibuatnya.

Saya cuba menyembunyikan peristiwa itu daripada ayah saya, yang mula kehairanan apabila setiap hari, tiap kali pulang daripada masjid meminta 5 ke 10 Riyal (lebih kurang RM 5.00 ke RM10.00). Tujuannya hanya untuk membeli selipar baru.

Pernah sekali, saya berkaki ayam dari Masjidil Haram pulang ke tempat penginapan sambil ditertawakan orang Arab yang lalu lalang. Apa boleh buat, itu balasan Allah, pada saya yang mulut celupar.

Dua hari terakhir di Makkah, saya berteleku di depan Kabaah, memperbaharui doa semula dengan penuh rasa insaf..

Sejak doa itu, selipar saya tidak hilang lagi. Ya, Allah sentiasa selamat dan perkenankan doa saya. Begitu juga yang orang lain. Berusaha dan mintalah, percayalah Allah tidak mengecewakan..

Alhamdullillah, tidak menghampakan apabila Allah kabulkan juga doa saya untuk melintasi peperiksaan A-Level yang diduduki. Walaupun usaha tidak setara mana, tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Ketika keputusan A-Level diumumkan, saya sedang 'bercuti' dan 'mengaji' di sebuah sekolah pondok di selatan tanahair. Manoj dan Manimaran menghubungi saya melalui telefom awam. Masa itu tidak bercambah lagi, telefon bimbit.

"Congratulations! You and Patricia are the best student in the college. Come drop by, take your exam transcript,"
ujar Manoj. Barangkali kedua-duanya kini sudah bergelar peguam.

Keesokannya saya sudah terpacak di kolej di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur itu untuk mengambil keputusan dan teka apa yang berlaku?

Pensyarah dan pengetua mula mengerumuni. Menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan melahirkan pujian berguni-guni.

Yang menghunus jari telunjuk ke muka, yang bertaruh untuk menjamu selera dan yang gelak ketawakan saya, hilang entah ke mana.

Ya, kita dikenang dan dikenal ketika di puncak. Diapung, diangkat dan dijulang ketika senang. Namun ketika susah, pahit dan payah, siapa pun tidak tahu malah menjarakkan diri, kata benak saya melihat watak-watak yang ada di depan mata.

Biarlah..

Ya, akhirnya bila kita berusaha, berdoa dan bersabar, nescaya Allah perkenankan dan selamatkan kita...percayalah.

"Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar." (Surah al Baqarah ayat 155)
***************************************************************************************

*Allah, berikan kami kesempatan untuk menebus kegagalan kami pada masa lepas.

*Allah, permudahkanlah kami untuk belajar ilmu undang-undang.
*Allah, kurniakanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat atas segala usaha yang telah dilakukan.
*Allah, kuatkanlah hati kami untuk menghadapi segala cabaran.
*Allah, jadikanlah kami manusia yang dapat berbakti kepada ummah dengan ilmu yang kami perolehi.
amin, amin ya rabbal 'alamin.

Sunday, December 27, 2009

the greatest love story

i wanna find a husband, not a boyfriend,
one of the reason is because of this true love story:)
*******************************************************

The Greatest Love Story

They both lived in a society so horrible that oppression was a normal thing, especially to women. However, in the middle of this chaos, these two shared the most beautiful love story ever known to mankind.

The man was the most honest and fair of all the people living in his community. None was respected more for honesty, integrity, sobriety and humbleness. He had no bad habits and did not engage in drinking or relations with women, although it was common place amongst his people. He never took a girlfriend nor a mistress in his life and never even attended parties or the like at anytime in his life. The only intimate relations he had with a woman was through marriage alone.

The woman was very intelligent and brilliant in her mind and excellent in treatment of her parents. Her father was the man's life long friend who was very respected at that time.

One day, when she was playing outside in the dirt, her mother asked her to come into the house. She was only six years old. Her mother took her to see her father, who offered her hand in marriage to his best friend, the man. This was the custom in the society at that time. However, the man did not accept it because she was not old enough for the age of consent and he believed that a woman must decide for her own. In that society, marrying a woman without her consent was common and usually it was done to get hold of her inherited wealth.

When she was a few years older and mature enough to decide, her father offered her hand in marriage to the man. She was very shy and her silence was understood by her father that she was indeed, accepting the proposal for marriage. The whole family was happily involved and most elated in having the man who was very noble as their close relative through marriage.

She was very excited with the marriage preparations and was very happy with the wonderful experience of being offered and accepted in marriage to the man. This was exactly what she wanted all along. During their lives together, they were very happy, close, and intimate with one another. Among their happy times was, they would race with each other and she would beat him every time until she got bigger and heavier that he would beat her in the race instead. They lived together for nine years until he got very sick.

When he was dying, he wanted to be with her. She would place a towel on his head when he had fever. He died with his head on her lap. She never said a single bad word against her husband during his life, or after his death. She never remarried and she lived to her 70's continuing to tell the people beautiful stories about her husband.

When he died with his head on her lap, she did not wail, cry, or tear up her hair like what the society at time would normally do when the loved ones pass away. She knew that his death did not mark the end of their relationship because they will be together again, happily ever after, in Paradise.

This story, the marriage of Aishah to Prophet Muhammad (peace be upon him), is nothing less than the best love story ever.

click here for source

Friday, December 25, 2009

a piece from damn, gross reality!!!

IT HURTS

It hurts to see,
A man and a woman holding hands,
With no relation except friends.

It hurts to see,
A man and a woman keeping hands,
When they vow to love till the end.

It hurts to hear,
People say they want a good job,
Before buying baby clothes at the shop.

It hurts to hear,
People say, "I don't have the money",
When they have lots to feed their "honey".

It hurts to think,
Parents would leave their children like that,
Without saying, "Hey, that's very bad!"

It hurts to think,
Children would say to other children,
"My parents did it too, how's that different?"

It hurts to realize,
A man's poison becomes a man's meat,
They know that but still, they eat.

**i get this meaningful poem from here

Wednesday, June 17, 2009

Tragedi Jun


partI-
Pada malam yang sunyi sepi dan tiada unggas sahut-menyahut seakan memahami tragedi jun bakal terjadi.
tetapi x tahulah kalau-kalau unggas-unggas itu mengambil keputusan untuk tidur awal hari ini kerana takut beg mata(eye bag) semakin menebal.
dia diam dan baring di katil setelah mencuci muka dan kaki di bilik air.
dia bangun semula kerana terlupa menutup pintu bilik dan ketika mencecahkan ibu jari ke lantai,
dia tergelincir dan PANGGGGGG!!!!!!kepala terhentak ke besi katil!!!!
dia diam kerana terkejut dalam keadaan mengiring dengan kepala di atas besi katil.
SAKITNYEEEEEEEEEEEEEEEEEE MAKKKKKKKKKK!!!!!!!!
nasib baik telinga kanan melindungi kepala.
kalau tidak mesti lagi sakit!!!!!makkk

analisis kecederaan - telinga kanan sakit nak mati
- tulang pipi kanan pun sakit gile
- lengan kanan bengkak kerana menahan tekanan badan masa jatuh
- pening-pening mungkin kerana hentakan di kepala.

ya rabb, jgnla ada kecederaan dalaman dalam kepala.
masa ni lah aku merasakan betapa berharganya kesihatan badan.
bayangkanlah orang yang retak kepala ke,lumpuh sebab kecederaan dalaman kepala ke.
NGERINYEEEEE!!

sampai skrg aku trauma bila ingat balik masa aku jatuh 2..
memang bila-bila pun Tuhan boleh tarik kesihatan kita, kan.
memang bila-bila pun apa-apa pun boleh terjadi dengan izinNya.
tiada KEBETULAN dalam hidup ini.
semuanya sudah diatur Tuhan.

Saturday, June 13, 2009

Hidup Macam Tayar Basikal


Hidup macam tayar basikal, kadang-kadang terpalit tahi lembu,kucing, anjing,beruk,monyet.Tetapi basikal akan terus dikayuh sehingga sampai ke destinasi.

Keputusan peperiksaan yang diumumkan kelmarin memang mencetuskan drama untuk setiap manusia yang hampir gila menanti dari pagi.

Gigil aku menggigil menekan keyboard dan saat mata tertancap pada deretan subjek,aku menarik nafas panjang-panjang.)

Alhamdulillah. Syukur, ya Allah!

Owh ada juga 2 tahi lembu di situ. Haha

Sesiapa yang membaca entri sebelum ini diminta tidak terbawa-bawa dengan emosi melampau dalam isi cerita kerana aku memang suka mengarut.*wink

Anggap saja ini semua keajaiban dari Tuhan yang mendengar doa hambaNya.

Kesatria- terima kasih cikgu Tun & komander! ( minta maaf sebab suka ketawakan korang lagi-lagi kom. Hafiz yang pakai baju ketat bangat dan kom. Fazli yang x berbutang satu)

Oh terima kasih juga buat kom. Shaiful untuk doa beliau. Kapan kamu akan berdating dengan kakak itu? (memang busy body )

*wink*

Tort- terima kasih, madam comel walaupun aku dapat gred tahi lembu yang mencacatkan pointer keseluruhan.

Melepas aku melepas dekan (hari ini dalam sejarah)

I deserved it because I didn’t complete part A n C and I knew I’ll score if I did.

Moral of the story- sila belajar kawal tekanan emosi dan jangan buat latihan last minute!

Contract- tak sia-sia aku buat drama sakit jiwa dalam exam hall.

Mula-mula habis kau gigit-gigit bibir sampai darah dan lepas dah pass kertas jawapan, kau nangis pulak.

Syukur kerana lulus jugak walaupun gred ada sedikit tahi ayam disitu.

Lepas ni nak datang gossip lagi kat bilik madam ok.

Sorry, F sebab impian kau nak sekelas dengan aku tak tercapai. (kamu ni memang sedikit menjengkelkan.haha)

CITU- syukur,syukur.

Ustazah sangat baik hati.

Maaf kerana mata selalu memandang kamu dalam kelas tapi fikiran selalu melayang ke uitm kedah yang dirindui, kadang-kadang katil di bilik dan selalu-selalu coklat toblerone kuning.

*wink*

Arab- belum berpeluang menghantar SMS terima kasih untuk ustaz yang mungkin sedang berbulan maduJ

Ingatkan setakat dapat A- je sebab drama macam hancus.

Kapan kami berpeluang untuk melihat senyuman bergula ustaz pada semester depan?

Bel342- sangat rindu kenangan di kelas BEL yang penuh gelak ketawa.

Kertas soalan yang mencabar dan kamu berjaya!alhamdulillah.

Terima kasih madam jelita.hihi

Malaysian legal system- have I told u lately that I love MLS?

I still remember when we fought 2 days before the paper resulting with my heart hurt so much.

Menggigil-gigil aku tulis nota.

Syukur kerana Tuhan itu adil dan membalas kesakitan ini dengan kegembiraan yang jauh lebih baik.

Sekarang kau faham tak yang kamu tidak dapat sakiti aku selagi Tuhan bersama aku?

Alhamdulillah.

However, MLS did kill some of us this semester and I have two speculations spinning in my head.

Was it because our madam was so strict in marking because the other group has no repeater!

Or was it because of our fault?

OMG. this is horrible,man.

Constitutional law- the result spell miracle because I did very badly in partC.

Ingatkan dapat tahi lembu, sekali dapat emas da!

Alhamdulillah.

(Graf turun kot sebab soalan partC yang sangat luar biasa)

****

For those who is currently celebrating their joy, congratulations.(melepas aku melepas dekan)

To whom might still mourn for the grief, please bury it deep in the ground and let’s use this second chance to shine!

We still have 5 semesters and only the toughest will survive!

Are u tough enough?

Sunday, December 14, 2008

kasut sekolah terbalik



siapakah yang begitu pesimistik mengeluarkan kenyataan bahawa kebijaksanaan itu telah ditakdirkan?
tepuk dada tanya selera tetapi jangan sesekali mengaku kepada aku kerana aku akan mengetawakan kamu.
hahaahaha bodohnya kamu!
padan muka kamu.

entah apa yang aku rabankan tetapi ini semua kerana entri ini aku tujukan khas buat insan-insan yang pernah mendidik aku sejak membuka mata melihat dunia dan mengenal erti kehidupan.

ya, kisahnya berlaku pada minggu yang lepas, aku dengan rutin kerja yang biasa sedang berdiri terpaksa di hadapan teko-teko green tea sushi king sambil memandang bosan pelanggan meratah sushi kanikama maki.
Tuhan mentakdirkan aku memandang ke luar pintu dan ketika itulah mata kami bertaut, aku terpaku dan dia kelihatan sedang mencari-cari aku dalam memorinya.
ya! itulah cikgu nurhayati!!guru kelasku semasa darjah1!
guru yang telah banyak sekali mengajar aku banyak hal dan jika bukan kerana dia, aku pasti tidak mampu pergi sejauh ini.
dia masih jelita.kulit putih mulus. wajah ayu dan lembut.
guru ini begitu lemah lembut dan baik hati.
sayangnya, aku hanya memandang dia dari jauh dan dia juga terus berlalu keluar ke pintu.
ah aku sangat menyesal kerana tidak menegurnya kerana aku masih bingung dan lantas itu aku mencari mazlina, kawan sekelasku semasa darjah 1 dan mazlina tidak mengingati cikgu nurhayati.sayang seribu sayang.
dia hanya mengingati nama, bukan tampang guru penyayang itu.
tidak banyak yang aku ingati selepas 1o tahun tetapi aku masih ingat lagi dia menegur aku memakai kasut sekolah terbalik dan aku tersengih-sengih malu.

aku percaya yang sekolah rendah adalah titik permulaan segalanya, di mana kita belajar asas yang mungkin tampak begitu kecil tetapi begitu penting yang mencorakkan siapa kita sekarang!

aku akan mencari cikgu nurhayati dan mengucup tangannya tanda terima kasih yang tidak berbelah bahagi atas segalanya.